BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 15, 2009

embriologi dalam Al-Quran

Embrologià satu bidang ilmu pengetahuan mengenai pembentukan dan perkembangan embryo sama ada manusia atau binatang.

Al-Insan

  1. bukankah pernah datang kepada manusia waktu di masa, yang ketika itu belum merupakan suatu yang dapat disebut?
  2. sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu kami jadikan ia mendengar dan melihat.


Al-Mukminun

12. Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang berasal dari tanah

13. kemudian Kami jadikan air mani itu sesuatu yang melekat, yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim)

14. kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang berbentuk lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik.

à ilmu tentang embryologi mula diketahui sainstis pada kurun ke -20, sedangkan al-Quran turun sebelum itu dan mengajarkan manusia ini semua….

Pengajaran : jelaslah bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah. Allah sengaja menjelaskan akan tanda-tanda kekuasaan-Nya melalui Al-Quran supaya jelaslah bagi manusia bahawasanya Al-Quran itu benar, Allah yang Esa itu benar…walaupun kita tak dapat melihat-Nya sekarang di dunia, namun Allah telah memberi tahu kita banyak benda melalui Al-Quran dan hadis baginda rasul yang mulia S.A.W yang membuktikan kewujudan-Nya.

Marilah kita hayati sambungan surah al-Mukminun

15. kemudian setelah itu kamu pasti mati

16. kemudian, sugguh kamu akan dibangkitkan dari kuburmu di hari kiamat.

à dalam Al-Quran Allah ada menceritakan tentang hari kiamat, dan fitrah manusia mungkin tak dapat nak percaya sesuatu yang tak pernah dia lihat dan alami, dan tak pernah juga orang lain alami…oleh itu Allah menceritakan dalam Al-Quran berselang seli antara kekuasaan-Nya dengan perkara gaib yang akan terjadi nanti, seperti kehidupan setelah mati..supaya manusia itu berfikir..jika Allah dapat menjadikan yang tidak ada kepada ada seperti manusia..mampu mencipta alam semesta..tidak mustahil Allah juga mampu membangkitkan kita kembali di hari kiamat… jadi marilah kita bermuhasabah: jika kita yakin akan hari kiamat (hari perhitungan amal) maka apakah persediaan kita untuk menghadapinya..?

Al-An’am

2.dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dia menetapkan ajal, dan batas waktu tertentu yang hanya diketahui oleh-Nya. Namun demikian kamu masih meraguinya.

Al-Nahl

4. Dia menciptakan manusia dengan air mani, ternyata dia menjadi pembantah yang nyata.


Hud

1. alif, Lam, Ra. Inilah kitab yang ayat-ayatnya disusun rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi Allah yang Maha Bijaksana, Mahateliti.

Ibrahim

52. Al-Quran ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

Sumber

  1. PASAK: pengukuhan akidah menerusi penghayatan sains dalam Al-Quran: Dr. Arip Hj Kasmo
  2. Al-Quran

Wednesday, July 29, 2009

Air Dalam Al-Quran

oleh kerana pel sem 5 bio 09/10 bru jeh habeh tjuk water..suker nak berkongsi sedikit pengetahuan yang mungkin dapat dimanfaatkan sebagai seorang muslim moga 2 menjadi hamba Allah yang takwa dan sebagai pengetahuan sebagai guru untuk meyakinkan kita bahawasanya ilmu sains dan ilmu Al-Quran adalah selari.....

Peranan Air Dalam pembinaan Buah-Buahan

  • pengetahuan tentang air mula diketahui oleh manusia pada kurun ke-17. sebelum itu saintis menganggap bahawa tumbuh-tumbuhan membesar dengan menggunakan tanah yang diserap dari sekelilingnya dan kemudian digunakan untuk membina semua bahagian tumbuh-tumbuhan.
  • Van helmot melakukan ujikaji dengan menanam pokok willow yang kecil. Daripada ujikaji inilah beliau menyimpulkan bahawa tumbuh-tumbuhan membesar menggunakan air bukan tanah seperti yang diaggap oleh orang ramai pada masanya..
  • Sebelum itu Al-Quran telah menjelaskan bahawa buah-buahan dihasilkan daripada air
  • Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:22

Dia yang menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai binaan dan Dia menurunkan dari langit air dan dengan air itu Dia mengeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untukmu, maka janganlah kamu menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahuinya”.

Ibrahim ayat 32

“Allah telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supata bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak Allah, dan Dia telah menundukkan pula bagimu sungai-sungai.”

Air sebagai penyubur tumbuh -tumbuhan

25. dan kami telah mencurahkan air melimpah dari langit

26. kemudian kami belah langit sebaik-baiknya

27. lau disana Kami tumbuhkan biji-bijian

28. dan anggur dan sayur –sayuran

29. dan zaitun dan pohon kurma

30. dan kebun yang rendang-rendang

31. dan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan

Organisma hidup berasal dari air

· Allah berfirman dalam surah al-Anbia

o “ Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesunguhnya langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman.

o An-Nur:45

dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan bergerak itu dari Air; maka sebahagian diantaranya menjalar atas perutnya dan sebahagian diantaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan 4 kaki. Allah menciptakan apa yang dia kehendaki (selain yang disebut), kerana sesunguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”



Hikmah: Al-Quran adalah mukjizat dan nikmat yang besar

Firman Allah :

“ Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.”

Tanpa air

Firman Allah dalam surah Al-mulk

“ katakanlah( Muhammad), “terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan memberimu air yang mengalir”

Sebagaimana Allah menghidupkan dari Air itu hidupan , maka dengan itulah juga orang yang telah mati dibangkitkan

Al-Araf

Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angina itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

Keindahan di hari Akhirat bagi orang yang beriman

Ar-Rahman

46. Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga

47. maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan

48.kedua syurga itu mempunyai pohon bebuahan

49. maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan

50. Di dalam syurga itu ada dua buah mata air yang memancar.

Al-Haqqah

24. dikatakan kepada mereka (orang yang beriman), “makanlah dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu.

At-Tatfif

25. “mereka diberi minum dari khamar murni (tidak memabukkan) yang tempatnya masih dilak (disegel)

28. iaitu mata air yang diminum oleh mereka yang dekat dengan Allah



Keadaan orang yang tak beriman di akhirat

Al-an’am

70.tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, niscaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.


rujukan

1. PASAK-pengukuhan akidah menerusi penghayatan sains dalam Al-Quran

2. Al-Quran

Saturday, July 25, 2009

what with Grade

what with grade







Protein assays determine the amount of protein in an unknown solution. They do this by measuring certain distinctive protein characteristics which involve UV absorbance. So by doing this experimen we know that, grade of the egg do determine the protein content on the egg. Egg is actually the most important source of protein and it is cheap compare to another source of protein like fish, meat, milk and other. Protein is usefull in order to built cell in children and replace dead cell in children and adult. They are many types of egg in the market and we should know what determine the qualitiy, protein content, or even which types that have vitamin that is vital for us to keep healthy. From my reading on several web site here are the list of how people characterize the egg.

Egg selection by size

Egg selection by quality

Egg selection by price

Egg as source of diet

A good egg as a source of diet should contain over 6g of protein and 300 mg of cholesterol. Egg has several nutrients that are important to our body such as choline, vitamin A, vitamin B, selenium and others. One egg has about 80 calories with more than 5 gram of fat. So keep in our mind that one egg is enough for a good diet. 3-4 egg may bring harm to us.

Omega-3 egg

Omega egg are egg that are produced by hens fed a died rich in omega-3 fatty acid that are crucial to our body as our body doesn’t produced them its help to prevent cardiovascular disease.

Conclusion

In the conclusion, the grade of the egg do determines by the price, the Quality and the content on the egg. Thus we as the consumer should think more wisely either we want to purchase base on the nutrient content and Quality or by the price.

References

  1. http://greenliving.about.com/od/foodhealth/a/EggGrade.htm
  2. (http://www.flfam.org.my/main.php?section=price&page=price_index&livestock_type=egg)
  3. http://nutrition.about.com/od/askyournutritionist/f/eggs_protein.htm